Wednesday 27 July 2016

PUNCA BERLAKUNYA BENCANA ALAM


Bencana alam terutamanya banjir begitu kerap berlaku di negara ini terutama ketika musim hujan . Bukan sahaja harta benda musnah malah nyawa manusia turut melayang . Jelaskan punca - punca yang membawa kepelbagaian bencana alam .



(Pendahuluan.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................




    Salah satu punca berlakunya bencana alam adalah perubahan iklim impak daripada pemanasan global yang menyebabkan cuaca yang melampau seperti kemarau berpanjangan dan ketidakstabilan sesebuah ekosistem.Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemanasan global.
    Seterusnya,punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku kebiasaannya disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008 yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan mudah runtuh lalu mengorbankan banyak nyawa manusia yang mati katak.
Di samping itu ,bencana alam juga berlaku disebabkan oleh aktiviti pembalakan haram yang kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Tidak dapt dinafikan bahawa aktiviti pembalakan adalah salah satu penyumbang ekonomi negara yang memberikan masyarakat pendapatan yang tinggi namun pembalakan yang melampau dan tidak menanam semula pokok boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah , tanah runtuh dan seterusnya banjir lumpur.Malah kejadian yang membahayakan ini dapat meragut nyawa manusia yang tidak bersalah dan haiwan kehilangan habitatnya lalu pupus.Selain itu , kejadian-kejadian ini juga boleh menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta,rumah dan sebagainya.Oleh itu,pihak berkuasa patut menguatkuasakan undang-undang yang tegas terhadap pembalakan haram yang berlaku di Malaysia mahupun di negara-negara lain

Punca yang sering kita lupakan adalah sikap manusia yang suka membuang sampah merata-rata di sekitar kawasan sungai dan longkang tanpa berfikir dengan lebih jauh.Apabila sungai dan longkang tersumbat air tidak dapat mengalir dan menyebabkan sistem perparitan tersumbat.Banjir kilat akan berlaku dan boleh menyebabkan kawasan tanah rendah dibanjiri air hujan.Malah sampah yang dibuang juga boleh menyebabkan kepupusan hidupan akuatik sekaligus menyebabkan ketiadaan pendapatan para nelayan.Secara sedar atau tidak sedar,goglongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat bak kata pepatah, 'kapak tak boleh membelah kayu,kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya'.

  Kesimpulannya , bencana alam yang menimpa kita saban hari , berpunca dari sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar . Kesannya , satu masyarakat itu yang menimpa padahnya . Kita sepatutnya lebih menyayangi alam sekitar kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam hidup kita seharian . Apabila kita menjaga kepentingan terhadap alam sekitar , kesejahteraan dan keselamatan  hidup kita akan lebih terjamin . Oleh kita kita patutlah menjaga alam sekitar sebaiknya agar tidak tercemar dengan peningkatan taraf kemajuan negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang maju dan membangun .